Saturday 20 June 2015

My E-Day Part 2 : Step By Step DIY Prop Stick untuk Majlis Tunang


Assalamualaikum.

Sambungan dari PART 1..  Hehe.. So ni second entry nye ye..

Dari dulu-dulu lagi berangan kalau ada rezeki untuk bertunang dan kahwin, aku nak buat prop stick ni..  Dan memang dari dulu lagi niat nak DIY sendiri je.  So aku google la cara-cara nak buat ni.  Mula-mula ingat nak cari template kat google, edit2 and then print je..  Tapiii.. Takde pun template tu.  Puas aku cari.. Takde.. Kecewa giler rasa..

Last-last aku buat sendiri dari awal.. Aku cari contoh-contoh design prop stick ni kat internet lepas tu aku start design sendiri..  Rasa memang tersangat gigih la buat benda alah ni..

So, kat bawah ni aku terangkan steps nya satu-satu ye..

1) Buka Microsoft Word
2) Pegi kat Insert, Shape.. Then pilih la bentuk-bentuk yang korang nak.
3) Double click kat shape korang tu, then tukar warna yang kat dalam tu dekat Shape Fill.
4) Untuk buat line putih kat tepi tu (rujuk gambar kat bawah), korang copy paste gambar shape korang tadi, pastu pegi dekat Shape Fill, korang amik No Fill.  Lepastu pegi kat Shape Outline amik Dashes, tukar bentuk line ikut kesukaan korang.  Lepastu tukar jugak warna line tu ikut yang korang nak.  Macam aku, aku amik warna putih.
5) Dah siap semua, korang kecikkan sikit bentuk yang line putih tu then korang bawakkan dia masuk dalam shape korang yang berwarna tadi.  Then, untuk senangkan kerja, korang right click dan Grouped kan dua shape ni.
6) Lepas tu, tekan Draw Text Box.
7) Text Box ni korang kene set kan No Fill dan No Outline tau.
8) Then, tulis la ayat-ayat yang korang suka. Lepas tu adjust la wording dia biar center cantik terletak sedap mata memandang ye.  Tukar la bentuk dan saiz tulisan tu ikut kesukaan korang.
9) Dah siap semua save dalam PDF ye.
10) Lepas tu, pegi kedai print cakap kat dia nak print kat kertas keras untuk prop stick. Terus dia tau la kertas macam mana.. Hehe
11) Gunting la dengan gigihnya semua yang korang dah print tadi.
12) Beli lidi untuk cucuk sate tu sepeket.. Lepas tu lekatkan la lidi tu kat belakang kertas yang korang dah gunting tadi tu ye.  Untuk lekat ni aku guna glue gun tapi macam tak lekat sangat so aku tampal double sided tape yang warna putih tu sebagai tambahan.
13) Siapppp! :) 

Bukti aku guna Microsoft Word.. Haha

Sebelum digunting.. 
Dah siap gunting.. Lenguhhh tangan..

Dah siap letak pemegang dia..

Tadaaa! Hihi



Puas hati sangat bila tengok hasilnya ni.  Alhamdulillah menjadi dan nampak sama je dengan yang beli kan.. Boleh berjimat.. Kalau beli, paling murah pun dalam RM20 skali dengan postage kan.. Tu pun dapat sikit je props nye kan.. Ayat-ayat dia pun tak semua kita suka..

Kos :
Printing (RM1.20 x 10 helai A4) = RM12
Lidi Sate untuk pemegang = RM1.30 sepeket
Double tape = RM1
JUMLAH = RM14.30

Props ni guna sekejap je.  Boleh simpan untuk majlis kahwin plak nanti.  Insya Allah. Sebab nye tak rosak pun lagi.. Dan ayat-ayat kat props tu pun aku dah memang prepare ayat yang sesuai untuk majlis tunang dan majlis kahwin nanti..  Hihi.. macam ni la kalau dah budget ciput kan.. Semua nak berjimat..

Semoga bermanfaat dan membantu anda yang memerlukan.. Kalau nak tanya pape just drop your comment ya! :)

UPDATE (13.9.2015)
- Kalau nak softcopy props ni boleh email saya (nur_shahirah90@yahoo.com)...

UPDATE (15.11.2015)
- Utk softcopy harganya Rm10
- Bagi yg betul2 berminat boleh email sy ya.. Tapi utk yg serious je tau..
- Sorry bg yg email tp sy tak respond.. If still berminat email sy lagi sekali ya.. :)

UPDATE (21.3.2016)
- Saya masih jual softcopy props ni.  Satu set RM10.  Ada 12 pages semuanya. Bagi yang berminat sila email saya ya (nur_shahirah90@yahoo.com) untuk maklumat lanjut.

UPDATE (25.11.2016)
- Softcopy props masih dijual.
- Ada 2 pilihan warna iaitu set yg berwarna seperti gambar2 di atas dan 1 lg set hitam putih. 
- Sila emel sy untuk pembelian (nur_shahirah90@yahoo.com).


Friday 12 June 2015

My E-Day Part 1 : The Overview


Assalamualaikum..

06.06.2015

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Syukur, Allah bagi aku peluang untuk merasai satu lagi nikmat dalam kehidupan ni.. Nikmat menjadi tunangan kepada orang yang dicintai..  Walaupun dah hampir seminggu berlalu, tapi suasana dan perasaan pada hari tersebut masih lagi tergambar dan terngiang-ngiang di hati.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku gembira dan bersyukur dengan kurniaan ini..

Majlisnya bagi aku sangat simple. Pelamin, gubahan hantaran, baju.. Semuanya simple saja. Tapi bagi aku tersangat cantik dah.  Alhamdulillah sangat dah dengan semua tu.  Mungkin sebab I'm just a simple person.  Tak suka yang jenis crowded sangat. Hehe..

Pelamin DIY sendiri
Hantaran dari pihak perempuan
Hantaran dari pihak lelaki
Sebelum sarung cincin
Sarung cincin
The crowds

Sedara mara daripada pihak lelaki

 

Terima kasih kawan-kawan yang sudi datang

Cukup la ni kan untuk part 1.. Hihi.. Dah berapa kali ntah duk ulang-ulang tengok gambar-gambar ni.. Ini lah Shahirah.. Insan yang susah nak move on.. Haha

Insya Allah ada peluang nak cerita pasal details yang aku buat untuk preparations majlis ni.. Mungkin boleh jadi panduan pada yang nak DIY dan berjimat untuk majlis masing-masing nanti..